Khamis, 4 Jun 2009

Catatan dari Kuching.

Sudah masuk hari 3 kami berada di Kuching. Pada malam 2hb kami tidak sempat tido di hotel kerana kami bertolak lewat dari Sibu. Lebih kurang jam 9.30 mlm kami sampai di Kuching, terus ke rumah kawan yang tinggal di Kem Penrissen. Badan cukup letih, membuatkan rasa nikmat tidur tidak terkata. Ahwaz yang seharian dalam perjalanan, tidur tidak lagi bangun untuk menyusu pada malam tersebut. Sungguh nikmat....

3hb Jun 2009

10.30pg : Setelah berehat di rumah kawan, pada keesokkannya kami bertolak ke Bandaraya Kuching.
11.30pg : Kami cuba check in awal di Hotel Dormani yang terletak bersebelahan dengan Masjid Daerah Kuching. Kat bawah hotel ini ada gerai2 makan yang aktif pada waktu malam. Setelah dimaklumkan hotel ada kekosongan, jadi kami terus masuk bilik dan berehat sekejap sebelum keluar.
2.30ptg: Setelah solat, kami pun bergerak ke restoran yang berdekatan dgn hotel untuk menikmati juadah tengah hari. Boleh la tahan...tapi tidak boleh rekmen.
3.00ptg:Sesudah makan, kami menuju ke India Street utk membeli belah. Sempat kami membeli kain ela utk pakaian raya tahun ini. Kedai Jasmin Jawahar yg kami kunjungi ini sebenarnya pernah menerima anugerah kedai harga patut 3 tahun berturut2 termasuk pada tahun ini. Maka berduyung2 lah manusia datang utk membeli dan belah.
5.00ptg: Selepas membeli belah kami pun menuju ke waterfront kuching. Jalan2 ambil angin menikmati pemandangan suasana petang di sana. Rasa macam kecil je dunia ini apabila terserempak dengan cikgu Aben Anyi (Kaunselor SMK Taman Tunku). Duk kat Miri tapi masih lagi jumpa kat sini. Mengesahkan lagi betapa kecilnya dunia ini apabila Zaujah berjumpa dengan kawan lamanya semasa belajar di UM. Nikmat percutian.....
7.00ptg: Kami mengambil kesempatan keluar pada petang hari ini terus ke Pasar Satok utk menikmati juadah makan malam, sambil melihat suasana Pasar Satok. Agak menarik kerana menggunakan konsep gerai terbuka. Tapi mungkin kat semenanjung sudah agak biasa terutama yang tinggal di area KL. Lebih kurang macam NZ Curry House la..tapi sik da char kue teuw.
8.30mlm: Kami pulang semula ke Hotel utk beristirehat.


Klik di bawah utk Koleksi Percutian Kuching

Kuching



Sambungan...

1 ulasan:

Iwan Ghazali (Iwan Reaz) berkata...

bila nak update blog lagi???
x sabar nak bace next post