Rabu, 20 Mei 2009

Sambutan Hari Guru.



Sekian banyaknya sekolah yang buat sambutan pada 16 mei (sabtu), tapi SMK Agama Miri mengadakan sambutan hari guru pada 19 Mei (selasa) sebab minggu tersebut pelajar balik bermalam. Seronok juga buat waktu P&P, boleh balik awal :-)
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Selamat Hari Guru....

Sehari sebelum sambutan hari guru, saya berkesempatan untuk membaca khutbah di Masjid SMK Agama Miri. Ini merupakan teks khutbahnya....
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ رَسَمَ لِلْعِبَادِ طُرُقَ التَّرْبِيَّةِ الصَّحِيْحَةِ.
أَشْهَدُ اَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى هذَا النَّبِيَّ الْكَرِيْمِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوْا الله، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.


Saudara Muslimim sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Dikesempatan yang penuh dengan keberkatan ini, marilah kita sama-sama bersyukur dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Mudah-mudahan dengan segala kurniaan nikmat-Nya akan meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya yang mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat .

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Pada hari esok, sekali lagi kita akan menyambut hari guru. Tarikh keramatnya 16 mei setiap tahun, telah diistiharkan sebagai hari guru. Pada hari ini marilah kita sama-sama mengingati budi dan jasa guru-guru kita. Marilah kita kenangkan kembali pengorbanan guru-guru kita. Merekalah orang yang mengajar kita, sehingga kita tahu membaca dan menulis, membuka minda dan akal , sehingga kita menjadi insan yang berguna pada hari ini. Oleh itu tarikh keramat ini tidak wajar dilupakan oleh sesiapa sahaja, samada seorang pemimpin yang berkuasa atau pun hanya seorang rakyat jelata.


Sidang jumaat yang berbahagia,


Islam telah meletakkan seorang guru pada kedudukan yang tinggi dan mulia. Guru sebenarnya melaksanakan sebahagian tugas seorang rasul. Para rasul telah mendidik umatnya,mengeluarkan mereka daripada kejahilan kepada kebenaran. Begitu juga dengan peranan dan tugas seorang guru, mereka bertanggungjawab mendidik masyarakat menjadi orang yang berilmu dan berguna. Oleh itu, apabila kita bercakap tentang guru, kita sebenarnya bercakap tentang salah satu tugas dan peranan para rasul. Banyak persamaan tugas antara seorang rasul dan seorang guru. Kalau rasulullah s.a.w menyifatkan dirinya sendiri sebagai seorang guru, itu adalah satu petanda yang amat jelas, betapa tingginya kedudukan dan kemuliaan seorang guru.


Sidang jumaat yang dihormati allah,


Kalau kita lihat dalam sejarah ketamadunan islam, telah lahir sejumlah guru yang merupakan alim ulamak yang hebat. Mereka adalah golongan yang amat dihormati sejak dahulu lagi.Bahkan para sahabat rasulullah s.a.w telah dididik untuk menghormati orang yang berilmu. Paling jelas, apa yang telah diucapkan oleh Saidina Umar Al-Khatab dalam syairnya :


Man Allamani Harfan * Kuntu Lahu Abdan


"Sesiapa yang telah mengajarkan aku walaupun satu huruf * Aku rela menjadi hamba kepadanya"


Sidang jumaat yang berbahagia,


Indahnya islam, satu agama yang mengajarkan kita menghormati orang yang berilmu walaupun guru itu bukan beragama islam,asalkan guru itu tidak mengajak kepada kesesatan. Guru itu mempunyai kemuliaan tersendiri disisi islam. Guru adalah tempat mengalirnya ilmu kedalam jasad dan minda kita. Ilmu yang dimiliki oleh guru, adalah hikmah dan permata yang amat bernilai. Kita mesti mengambil dan memilikinya . Tidak kira dari mana sumbernya dan dimana ilmu itu ditemui. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Hikmat itu umpama barang yang hilang milik orang yang beriman, ambillah hikmah itu daripada siapa sahaja yang engkau mendengarnya, tidak kira daripada mana tempat terbitnya hikmah itu".


Sidang jumaat yang berbahagia,


Jasa guru tidak mungkin dilupakan atau pun dipadamkan oleh sejarah. Guru sudah lama mencurah jasa pada bangsa dan nusa.Mereka adalah pencetus kebangkitan ummat sebelum merdeka dan membangun negara sesudah merdeka. Sungguh pun guru tidak membina bangunan, tetapi guru membina manusia yang akan tinggal didalam bangunan itu. Guru membina manusia dan menjana modal insan. Oleh itu , kita tidak mungkin dapat membalas sepenuhnya jasa guru-guru kita.


Jasa guru akan terus bersambung selagi ada generasi. Sumbangan mereka tidak pernah putus. Sekali dia menjadi guru, selamanya dia akan dipanggil guru. Jika dahulu dia adalah guru kita, mungkin sekarang dia adalah guru untuk anak-anak kita pula. Tidak ada satu anugerah, walaupun sebesar mana sekali pun, yang dapat membalas jasa guru.


Sidang jumaat yang berbahagia,


Sebagai ibu bapa, berilah penghargaan kepada guru-guru anak kita. Mereka telah mendidik anak kita. Oleh itu berilah sokongan dan bantuan untuk mereka meneruskan tradisi mendidik ummat. Jika anak kita berjaya dengan cemerlang,
katakanlah ini adalah panduan dan tunjuk ajar guru yang amat besar dalam merintis kejayaan mereka. Janganlah pula, apabila anak telah berjaya, seolah-olah itu adalah usaha gigih anak itu sendiri seolah-olah guru itu dinafikan sumbangannya.Tetapi apabila mereka gagal, selalunya orang akan menuding jari kepada guru. Guru dianggap penyebab besar kepada kegagalan itu. Oleh itu,marilah kita sama-sama mendidik masyarakat supaya menghormati guru. Sebagai ibu bapa, ucapkanlah terima kasih kepada guru anak-anak kita, diatas jasa yang telah mereka curahkan. Hari guru ini adalah hari yang paling baik untuk anak-anak kita mengutuskan ucapan terima kasih kepada guru-guru mereka, walaupun guru itu tidak mengharapkan apa-apa pujian.
Sidang jumaat yang berbahagia,


Ibu bapa seharusnya sedar bahawa ibu bapa adalah guru pertama bagi anak-anak mereka. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, ibu bapa telah pun berperanan sebagai seorang guru, diazankan ditelinga bayi itu dengan menyebut kalimah allah. Suara ibu bapa adalah suara yang selalu didengar oleh seorang bayi, walaupun dia tidak memahami apa-apa ketika itu, sehinggalah bayi itu tahu menyebut kalimah "Emak" atau "Bapa".Itulah kalimah awal yang ditutur oleh seorang bayi. Tanggungjawab mendidik anak supaya menjadi insan yang baik dan berakhlak mulia, tetap menjadi tanggungjawab dan amanah yang terpikul dibahu kedua ibu bapa, bahkan amanah dan tanggungjawab tersebut akan disoal dihadapan allah, dipadang mahsyar kelak.


Masyarakat harus sedar, bahawa mendidik bukan tugas guru semata-mata. Kesibukkan ibu bapa bukan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab ini, walaupun sesetengah ibu bapa dapat mengupah guru yang baik untuk mendidik anak-anak mereka. Tanggungjawab asal mendidik anak-anak itu tetap menjadi tanggungjawab ibu bapa. Firman allah s.w.t:











"Wahai orang-orang yang beriman!, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka, yang bahan-bahan bakarnya. Manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan".




(At-Tahrim ayat 6)


Sidang jumaat yang berbahagia,

Renungan buat guru-guru yang sentiasa dimuliakan. Guru-guru mestilah menerapkan system pendidikan rabbani dalam diri. Sistem pendidikan rabbani ialah yang terangkum 2 unsur. Pertama, unsur insan. Kedua, unsur ihsan. Kedua-duanya berteraskan Hablumminnas dan Hablumminallah. Sebab itu, kecemerlangan guru-guru bergantung kedua-dua hubungan tersebut. Maksudnya, setinggi mana ilmu guru itu, ia tidak bermakna sekiranya hubungan dengan Allah tidak berlangsung sebagaimana yang dituntut dalam Islam. Guru mestilah menyelesaikan segala tanggungjawab ibadah khusus seperti solat, puasa, zikir, tadabbur al-quran dan ibadah umum seperti keikhlasan dalam menunaikan tanggungjawab. Begitu juga penerapan pendidikan seharian. Guru mestilah menyemai 2 unsur ini kepada pelajar sama ada dalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah. Dengan system pendidikan rabbani ini, insyaAllah bukan sahaja akan dapat melahirkan modal insan yang “high tech” bahkan dapat melahirkan modal insan yang “high touch”. Justeru, sempena sambutan hari guru yang akan disambut pada esok hari, saya mengajak guru-guru untuk bermuhasabah dan membuat penambahbaikan terhadap nilai dan pegangan kita.

Sidang jumaat yang dihormati Allah sekalian,

Sempena dengan sambutan hari guru pada tahun ini, marilah kita sama-sama menghargai jasa guru kita, jasa guru-guru anak kita.Ucapkanlah terima kasih kepada mereka, walaupun guru itu kerap kali tidak mengharapkan balasan mahu pun ucapan terima kasih. Kepada guru-guru kita yang telah kembali ke-rahmatullah, hadiahkanlah al-fateha kepada mereka, semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.









"Allah akan meninggikan (darjat) orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu pengetahuan diantara kamu dengan beberapa darjat. Dan (ingatlah) allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan".

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Ahad, 17 Mei 2009

Ilmu Yang Berkat.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.Bila anda ditanya,apakah itu BERKAT?
Mungkin ramai yg akan jawab, SEPAKAT membawa BERKAT.
Ataupun, REZEKI yang BERKAT,benda sikit pun rasa macam banyak. Makanan contohnya. Mahupun lain-lain benda yang berkaitan dengan rezeki.
Mungkin juga ada yang akan menjawab UMUR yang berkat. Atau jika di’simple’kan lagi, MASA yang berkat. Ada sesetengah orang,hidup sebentar sahaja di dunia pun, macam2 manfaat boleh diberikan kepada org lain. Orang lain boleh rasa kehadirannya. Ada sesetengah orang pula, bak kata orang,”takde die kat dunia ni pon takpe”. naudzubillah. 24 jam sehari, ada orang yang mampu lakukan pelbaaaaagai benda, dan ada pula orang yang bertanya pada dirinya sendiri,”apelaaah yang aku dah buat dalam sehari ni?”
Dalam konteks kita sebagai pelajar, apa yang selalu ditekankan ialah ILMU yang BERKAT.
Anda semua tentu sahaja pernah mendengar kisah tentang seorang budak yang takde lah berapa pandai sangat. Tapi oleh kerana student tu tak pernah ponteng kelas, selalu buat homework, dengar kata guru, tak pernah merungut, natijahnya, pelajar itu cemerlang dalam studies. Kalau tidak gemilang pun, natijah yang sesuai dengan pencapaian peribadinyalah.
Selalu juga kita mendengar tentang seorang pelajar yang senantiasa terbilang. Setiap kali peperiksaan dalaman di sekolah, selalu sahaja di tangga yang teratas. Namun, pada akhirnya, bila waktu exam (SPM contohnya), lari jauh,tersasar keputusannya daripada apa yang diharapkan. Dan bila direfleks semula, "ohhh, dulu aku pernah mengumpat cikgu ni” , "ohh, dulu aku pernah tak siapkan homework cikgu ni,ye laa,cikgu ni macam tak garang je” dan mungkin juga, "ohhh, dulu aku pernah nak mencabar ilmu cikgu ni” dan sebagainya.
Perlu untuk kita sedari,untuk mendapatkan ilmu yang berkat, BUKAN hubungan antara kita sebagai pelajar dengan seorang guru sahaja yang perlu dijaga.
Hubungan kita sebagai anak kepada kedua ibu bapa,
Hubungan kita sebagai rakan kepada rakan-rakan kita yang sama-sama menuntut ,
Hubungan kita sebagai hamba dengan penciptanya ,lagi-lagi lah perlu diberi perhatian.
Itu antara tanggungjawab yang paling simple . Mungkin bagi sesetengah daripada kita, ada yang sibuk dengan komitmen lain. Kalau di sekolah, mungkin sibuk dengan kerja2 pengawas, ataupun sibuk dengan komitmen sebagai pembahas sekolah. Kalau di peringkat yang lebih tinggi pula, sibuk dengan mana-mana persatuan,anjurkan itu, anjurkan ini. Namun, itu semua tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak settlekan hak yang paling asas (seperti tiga perkara yang disebutkan di atas).
Hubungan kita sebagai anak. Sejauh mana kita sedar betapa susahnya ibu dan bapa mencari rezeki utk pastikan kita semua dapat pendidikan yang terbaik? Dan selepas itu, kita insaf dan berazam untuk membalas semula jasa mereka itu. Sejauh mana kita sedar penatnya dan kerapnya ibu bapa kita menadah tangan, bersujud,memohon pada ALLAH agar anak-anaknya menjadi insan yang berguna? Dan adakah kita turut sama, sentiasa berdoa,menangis agar ibu bapa kita sentiasa diberi rahmat oleh ALLAH? Sejauh mana kita menghargai segala concern yang ditunjukkan oleh ibu bapa kita,walaupun kita rasa sudah cukup besar untuk dimanja-manjakan. Atau adakah kita rasa rimas, mahu memberontak? Lagi2 bagi mereka yang belajar luar dari Malaysia. Sejauh mana anda ingat dan mendoakan mak ayah anda?
Sudah settlekah hubungan anda sebagai seorang anak kepada kedua-dua orang tuanya??
Hubungan anda sebagai rakan kepada rakan-rakan yang lain. Sejauh mana anda sedar di saat anda mendapat A dalam semua subject, teman yang anda selalu bersenda- gurau, terduduk lesu dengan berlambak-lambak C atau D dalam exams? Sejauh mana inisiatif anda untuk membantu rakan itu untuk at least mendapat gred yang lebih baik daripada itu? Ataupun sejauh mana anda ada kelapangan dada dan keterbukaan hati utk spendkan sedikit masa anda,menghulurkan bantuan andai dipinta, menenangkan rakan itu andai dia putus asa, sedangkan dalam masa yang sama,anda pun tidaklah mempunyai keyakinan yang cukup tinggi utk dpt result yang mantap.
Maka, sudah settlekah hubungan anda sebagai seorang rakan kepada rakannya yang lain?
Hubungan anda sebagai seorang hamba dengan penciptanya. Cuba fikir balik. Banyak mana masa yang kita spend utk menelaah?banyak mana pula masa yang kita spendkan utk mengembalikan segala benda yang kita study itu kepadanya? Sebanyak mana pula masa yang kita ada untuk ke kelas tuisyen, tapi untuk ke majlis-majlis ilmu yang membawa kita kepada mengingati ALLAH, ohhh, berat sungguh rasenye. Sejauh mana kita boleh stay up untuk setiap malam? Sedaya mana pula kita mampu spendkan masa utk bangun, tunaikan ibadat malam? Setinggi mana keyakinan /tawakkal kita kepada ALLAH? Sedangkan kita tahu semua perkara itu, kalau ALLAH kata terjadilah,maka terjadilah.
Kita takkan tahu…
Mungkin segala 8A/9A yang kita peroleh dalam PMR itu sebenarnya bukanlah hasil usaha kita menghafaz buku-buku revision yang ada, tapi merupakan BERKAT doa seorang guru yang sentiasa kita tunjuk rasa hormat dan kasih padanya.
Kita takkan tahu…
Subjek fizik yang biasenye kita peroleh B/C, dan tiba-tiba dalam SPM, kita peroleh A1 itu sebenarnya merupakan BERKAT doa seorang rakan yang pernah ditolong, meskipun pada kita, “alahai,ape je lah yang aku dah ajar kat kawan aku tuh”
Kita takkan tahu,
Di saat kita rasa , “aku tak habes study lagi nih, harap2 untuk exam kali ni,masuk lah soalan yang betul2 aku dah faham dan yg aku boleh jawab dengan baik” dan akhirnya harapan itu menjadi kenyataan, lantaran BERKAT doa dari ibu bapa anda yang memohon agar urusan anaknya sentiasa dipermudahkan ALLAH.
Dan juga kita takkan tahu…
Saat kita sudah hilang keyakinan terhadap diri seratus peratus, buntu dan hilang arah, ALLAH beri petunjuk kepada kita, untuk dapatkan kembali semangat yang telah hilang ,dan semuanya kerana BERKAT kekuatan yang telah kita kumpul sebelum itu ; melalui ibadat malam dan bacaan quran .
Kita takkan tahu…
Kita takkan tahu…
Kita takkan tahu.“Salah satu daripada petanda ilmu yang berkat adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya, semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa dia kepada Allah”
Refleks balik diri kita….
Wallahua’alam

Rabu, 13 Mei 2009

Ke Luar Negara....:-)



Pada 1 Mei 2009 kami sekeluarga memanfaatkan hari cuti sempena hari pekerja untuk melancong ke luar negara. Kemana tu?? haha negara sebelah je..BRUNEI :-) Inilah kali pertama sejak 2 tahun kami berada di Miri menjejak kaki ke sana. Fuh mahal betoi brg kat sana. Sebenarnya murah je kalau ikut nilai mata wang sana. Disebabkan tukaran wang. Wang kita murah. Bila dapat dollar brunei ayoyo sikit ma :-)

Permata Hati.....







Salam dan selamat malam. Pada tanggal 23 Oktober 2008 lahirnya seorang cahaya mata yang pertama bagi kami. Dia sungguh comel mcm abi dia haha....Dapat la pengalaman pergi hospital pada jam 3 Pagi. Dulu pengalaman macm itu apabila bawa pelajar asrama yang sakit. Kira ok la pengalaman tu.Tapi saya kena tunggu sehingga jam 7.48 mlm untuk menunggu cahaya mata saya yang pertama lahir. Ahwaz Al-Faateh namanya....diatas tu adalah orangnya :-) ktika ahwaz berusia seminggu sehingga berumur 2 bulan.






Selasa, 12 Mei 2009

Pengalaman di Niah







Inilah pengalaman kami menjejaki gua niah. Walau tinggal kat Miri tapi belum pernah masuk gua niah. Kebetulan kakak ipar sekeluarga datang ke Miri, saya mengambil kesempatan ini untuk menawan gua niah. Nak pergi sorang2 xthu sangat, so ajak 2 orang kawan buat teman. Fuuu...sungguh memenatkan. Xtahu la sma ada itu yang pertama atau mungkin jadi yang terakhir-:)

Terus Kembali......

Salam.
Agak lama tidak update blog yang saya buat pd awal tahun lepas. Saya akan terus kembali untuk berkongsi dengan rakan-rakan tentang catatan pengalaman dan ilmu baru yang mungkin boleh dikongsi bersama rakan-rakan semua.

Wassalam.