Khamis, 11 September 2008

Lama tak update....

Salam buat semua. Maaf kerana lama saya tak update blog ini. Cadang nak paparkan cerita-cerita di Miri buat tatapan orang semenanjung. tapi rasanya tak sempat pd malam ini. Nanti saya update pada cuti hujung minggu ini. Maklumlah bila masuk bulan puasa, sibuk memanjang.

Rabu, 27 Ogos 2008

Menang juga akhirnya....

Ingat jentera yang hebat dan pelbagai konspirasi, Barang Naik(BN) menang dalam PRK Permatang Pauh tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.Menang besar pulak tu.Firasat awal memang menang tapi terdetik juga kerisauan di hati dengan isu-isu yang dimanipulasi oleh penjahat yang bertopengkan macam orang baik......Syukur apa yang dirancang dimaqbulkan oleh Allah. Takbir...Allahu Akbar!

PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi.

Isnin, 25 Ogos 2008

Hebat Ramlang Porigi....!!

Saya tidak membayangkan seorang imam biasa yang berani mempertahankan maruahnya daripada dicemari oleh segala macam cemuhan dan konspirasi. Bagaimana dengan mufti2 yang ada yang kononnya ada ilmu agama tetapi takut untuk bersuara. Ilmu ada tapi tidak mampu menguatkan iman...Iman tak dapat diwarisi..... Syabas dan tahniah buat Ramlang. Semoga kebenaran terus menerajui bumi MALAYSIA tercinta..MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Sabtu, 23 Ogos 2008

Harga Minyak Turun...

Mungkin ini sejarah tercipta, harga minyak turun. Biasanya kalau dah naik tentu tidak akan turun lagi. Perniagaan minyak macam juga perniagaan hartanah. Apa pun saya percaya semua itu adalah muslihat politik. Yang menjadi bahan eksperimen tentulah rakyat MALAYSIA!

Jumaat, 22 Ogos 2008

Konsert Amal Miri


Konsert Amal telah diadakan pada 17 Ogos 2008 di Dewan Suarah Miri. Kehadiran dijangkakan melebihi 500 orang. Artis yang terlibat ialah kumpulan Devotees dan Nazrey Johani (Raihan). Host pada malam itu ialah Us Akhwan Afandi, seorang motivator dari Pahang. Gambar di atas di ambil ketika menghantar kumpulan Devotees di Airport Miri.

Pertandingan Nasyid SLAD Peringkat Bahagian Miri 2008



Pada 10 Mei lepas SMK Agama Miri menjadi tuan rumah Pertandingan Nasyid Kontemporari dan Deklamasi Sajak Peringkat Bahagian Miri. SMK Agama Miri menjadi johan dalam pertandingan itu. Tahniah dan syabas ! Kekalkan usaha dan pencapaian untuk tahun hadapan.

Salam Ukhuwwah....

Salam.
Semoga pertemuan ini mendapat keredhaan Allah. Terima kasih di atas kesudian anda melayari blog ini. Kebetulan baru create waktu hampir maghrib tadi, so kena tangguh dulu...solat dulu..nanti sambung.

Wassalam